Ceritakan sedikit masalah yang anda alami, pilih slot yang dibuka, dan kami akan mengesahkan temujanji anda melalui WhatsApp. Perawat akan menentukan rawatan yang sesuai selepas pemeriksaan.
Rawatan Islam berdasarkan Al-Quran & Sunnah, tanpa bantuan jin. Jenis rawatan ditentukan oleh perawat selepas pemeriksaan.
Hanya slot yang dibuka oleh perawat dipaparkan. Temujanji disahkan oleh klinik.
Masukkan nombor telefon dan nama pertama yang anda gunakan semasa menempah. Selepas semakan, anda boleh tukar masa atau batal tempahan yang akan datang. Sebarang pertukaran masa perlu disahkan semula oleh kami.
Tidak. Tempahan dalam talian adalah percuma. Bayaran dibuat di pusat rawatan semasa lawatan. Scan & Konsultasi adalah seikhlas hati.
Setiap permohonan disemak oleh perawat. Kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp untuk mengesahkan. Anda juga boleh semak status di halaman ini dengan nombor telefon dan nama anda.
Supaya perawat dapat membuat persediaan sebelum anda tiba. Ia pilihan, dan maklumat ini hanya dilihat oleh perawat kami.
Boleh. Nyatakan bilangan orang semasa menempah.
Scan & konsultasi adalah seikhlas hati. Harga rawatan bergantung kepada jenis gangguan dan keadaan, dan dimaklumkan selepas scan. Kalau setuju, rawatan diteruskan; kalau tidak, cuma bayar seikhlas hati untuk sesi scan.
3:00 petang hingga 11:00 malam, mengikut temujanji. Tiada slot pagi.
Tekan Semak Tempahan di halaman ini, masukkan nombor telefon dan nama pertama, kemudian pilih Tukar masa atau Batal tempahan. Boleh dibuat sehingga beberapa jam sebelum temujanji; pertukaran masa perlu disahkan semula.
Buat masa ini rawatan di rumah tidak ditawarkan, kecuali dalam keadaan tertentu. Sila datang ke pusat rawatan mengikut temujanji.
Kaedah rawatan kami tidak melibatkan sentuhan. Jika lebih selesa, isteri perawat boleh turut hadir semasa sesi.
Maaf, kami tidak membuat scan atau rawatan jarak jauh.
Pilih Kerasukan (Kecemasan) semasa menempah, atau WhatsApp kami dan reply "RASUK". Selepas disahkan, boleh terus datang (walk-in).
Sebelum kita cerita pasal pagar rumah, Tuan/Puan cuba fikir balik — berapa kali dah cuba selesaikan masalah ni? Berapa banyak dah habiskan untuk rawatan, gangguan datang balik, tenaga family habis, waktu tidur terganggu... tapi masalah still berulang?
Ini sebab kebanyakan pagar rumah di luar sana cuma "menahan" sementara. Bila kaedah dia lemah atau tak menyeluruh, gangguan akan cari jalan masuk balik — dan Tuan/Puan kena ulang proses rawatan lagi, keluar kos lagi, risau lagi. Kitaran ni yang sebenarnya lagi mahal dalam jangka panjang berbanding satu pelaburan yang betul-betul settle akar masalah.
Pagar rumah kami berbeza. Bukan sekadar menahan — sesiapa atau apa-apa jenis kezaliman yang cuba masuk, dia akan terperangkap dalam kawasan tu, "berenang" je tak dapat keluar bawa apa-apa yang bukan hak dia. Perlindungan ni menyeluruh: bukan setakat hantu/jin, tapi sebarang bentuk kezaliman — termasuk pencuri.
Dan kami letak jaminan: dalam tempoh setahun, kalau ada je gangguan berlaku, cuma bagitahu kami — kami akan bantu selesaikan. Tak payah risau "dah bayar mahal-mahal tapi tak jadi".
Ya, kadar kami RM1.25 per square feet — sedikit lebih tinggi berbanding pagar biasa di luar. Tapi kira balik: ini satu kali pelaburan untuk perlindungan menyeluruh setahun, berbanding kos berulang rawatan yang tak pernah habis kalau punca tak diselesaikan betul-betul. Lagi lama tangguh, lagi lama family Tuan/Puan terdedah pada risiko yang sama.
Kalau rasa harga ni di luar kemampuan buat masa ni, tak mengapa — Tuan/Puan boleh datang dulu ke pusat rawatan kami untuk kami scan dan diagnose punca masalah sebenar. Ini pilihan lebih murah untuk mula. Tapi perlu Tuan/Puan tahu — biasanya orang baru sampai ke tahap nak buat pagar rumah bila masalah tu dah cuba macam-macam cara dan tak selesai-selesai jugak. Jadi lagi awal kita tahu punca dan bertindak betul, lagi kurang kos dan tekanan yang akan ditanggung.
Kami mengumpul maklumat berikut untuk menguruskan temujanji dan rawatan anda:
Maklumat anda tidak dijual atau dikongsi dengan pihak ketiga. Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam maklumat anda dengan menghubungi kami di WhatsApp.